1. Memuji Allah
Taala
Tertentu dengan
lafaz الحمد
لله atau احمد الله atau نحمد الله atau الله احمد atau الله الحمد atau انا حامد الله .
Tidak memadai
dengan lafaz الحمد للرحمن atau الشكر لله dan sebagainya.
2. Membaca Selawat
Tertentu dengan
lafaz اللهم
صل على محمد atau نصلى على محمد
atau diganti
lafaz محمد dengan lafaz النبي / احمد / العاقب / حاشر / الماحي / البشير / النذير .
Tidak memadai
dengan سلم
الله على محمد atau رحم الله محمد
3. Wasiat
dengan takut kepada Allah
Walaupun tidak
dengan lafaz wasiat sekalipun
Memadai dengan
lafaz اطيعوا
الله atau اتقوا الله .
Tidak memadai
dengan semata menakuti daripada perhiasan dunia kerana itu adalah sedia maklum
walaupun oleh kafir maksiat.
4. Membaca
satu ayat Al-Quran yang difahami.
Tidak memadai
membaca setengah ayat walaupun panjang.
Tidak memadai satu
ayat yang tidak memberi faham seperti ن
Memadai ayat itu
dibaca di dalam salah satu daripada 2 khutbah.
Sunat dibaca pada
akhir khutbah pertama.
Sunat dibaca Surah
Qaf pada akhir khutbah pertama setiap Jumaat kerana mengikut Nabi tetapi
berhasil pahala sunat dengan membaca setengah surah tersebut.
5.
Membaca doa berkenaan urusan akhirat untuk orang Islam dalam khutbah kedua.
Memadai menentukan
doa bagi segala yang mendengar seperti katanya رحمكم الله
Tiada memadai
menentukan doa itu bagi mereka
yang ghaib.
Tidak mengapa
membaca doa bagi Sultan dengan tentunya jika tidak berlebih-lebihan dalam
menyatakan sifatnya.
Kata Sheikh Ibnu
Abdus Salam tidak harus memuji Sultan dengan sifat yang dusta kecuali kerana
dharurat.
Sunat membaca doa
bagi segala Sultan yang Islam dan tentera mereka dengan kebaikan dan
kemenangan.
Peringatan – Rukun
yang 3 di atas mesti ada di dalam khutbah
pertama dan khutbah kedua.
SYARAT SAH KHUTBAH
Khatib berdiri jika
berkuasa kerana mengikut Nabi.
Jika tak mampu
hendaklah duduk. Jika tak mampu maka baring dan harus mengikutnya walaupun tak
diketahui uzurnya ia pada zahirnya ma’zur.
Rukun Khutbah Dalam
Bahasa Arab.
Jika tiada yang
tahu dan tak sempat belajar sebelum habis waktu maka boleh dengan bahasa
sendiri.
Wajib belajar bagi
semua orang, maka jika ada yang sempat belajar tetapi tak belajar maka berdosa
kesemuanya sekali dan tidak harus Jumaat ketika itu tetapi hendaklah diganti
dengan Zohor.
Yang disyaratkan
hanya mendengar khutbah bukan
faham.
3. Khatib Duduk
Antara Dua Khutbah Serta Tama’ninah.
Jika tak mampu
duduk maka hendaklah diam
seketika.
Begitu juga yang
tak mampu berdiri maka hendaklah
diam seketika.
Sunat duduk sekadar
membaca ( قل هو الله احد) hingga
akhir.
4. Dua
Khutbah dibaca selepas gelincir matahari.
5. Kesemua
Rukun Didengari Oleh 39 Orang Makmum Dari Kalangan Ahli Jumaat Walaupun Tak
Faham.
Khatib tak
disyaratkan mendengar dan memahami maka sah walaupun ia tuli dan termasuk dalam
bilangan 40 orang itu.
6.
Berturut-turut tiap-tiap kalimah daripada 2 khutbah dan antara 2 khutbah dan solat.
7.
Khatib Suci daripada hadas kecil dan besar.
Makmum tidak
disyaratkan suci dari hadas.
8. Khatib
suci daripada najis yang tak dimaafkan pada badan, pakaian dan tempat.
Jika berhadas
ketika khutbah hendaklah bersuci dan memulai semula dan tak boleh disambung
walaupun singkat masa perceraiannya.
Jika berhadas
antara khutbah dan solat maka bersuci dengan segera maka tiada mengapa.
Makmum tidak
disyaratkan suci dari najis.
9. Khatib
Menutup Aurat.
Makmum tidak
disyaratkan menutup aurat.
Peringatan
Tidak disyaratkan
tertib antara rukun-rukun khutbah.
Tidak disyaratkan
niat pada khutbah dan tidak disyaratkan meniatkan Fardhunya.
SUNAT – SUNAT KHUTBAH
Sunat berkhutbah di
atas mimbar dan sunat mimbar di kanan mehrab.
Jika tiada mimbar maka
hendaklah berkhutbah di atas tempat tinggi supaya sampai suara Khatib kepada
sekelian manusia.
Sunat khatib
memberi salam kepada semua yang hadir di sisi pintu masjid sebelum masuk ke
masjid kemudian bila sampai ke mimbar maka sunat memberi salam kepada mereka
yang di sisi mimbar dan bila naik ke atas mimbar dan berada di kedudukan
tertinggi di bawah tempat berkhutbah maka sunat menghadap kepada orang ramai
dan memberi salam dan kemudian sunat duduk di tempat berkhutbah ketika orang
Azan agar dapat merehatkan diri dari penat naik ke mimbar.
Sunat Azan di
hadapan Khatib dan setelah selesai Azan maka Khatib berdiri membelakang kiblat
dan berkhutbah dengan nyaring.
Sunat Khatib tidak
berpaling ke kanan, ke kiri dan ke belakang kerana itu semua bid’ah.
Makruh menumbuk
anak tangga mimbar ketika naik dengan kaki atau tongkat atau pedang.
Makruh membaca doa
tatkala sampai kepada anak tangga tempat berhentinya.
Makruh berhenti
pada tiap anak tangga mimbar.
Makruh menyegerakan
khutbah yang kedua dan memperlahankan suara padanya.
Makruh berlebihan
memuji raja ketika berdoa.
Hendaklah khutbah
itu sederhana tidak terlalu panjang dan tidak terlalu pendek.
Sunat Khatib
memegang pedang atau panah atau tongkat dengan tangan kirinya dan diletakkan
tangan kanan di tepi mimbar.
Selesai khutbah
hendaklah segera turun daripada mimbar supaya sampai ia ke mehrab sebaik
selesai Iqamah supaya terpelihara muwalat antara khutbah dan solat.
Sunat membaca dalam
raakat pertama Surah Al-A’la dan rakaat kedua Surah Al-Munafiqun atau Surah
al-Ghasyiah.
Membaca Surah
Al-Jumuah dan Surah Al-Munafiqun lebih utama daripada membaca Surah Al-A’la dan
Surah al-Ghasyiah .
Jika ditinggalkan
Surah Al-Jumuah atau Surah Al-A’la pada rakaat pertama kerana lupa atau sengaja
dan digantikan dengan Surah Al-Munafiqun atau Surah al-Ghasyiah maka hendaklah
dibaca pada rakaat kedua Surah Al-Jumuah atau Surah Al-A’la dan jangan diulangi
lagi Surah al-Munafiqun atau Surah al-Ghasyiah yang telah dibaca pada rakaat
pertama.
Jika tidak dibaca
pada rakaat pertama salah satu dari Surah Al-Jumuah atau Surah Al-A’la dan
tidak juga Surah Al-Munafiqun dan Al-Ghasyiah maka hendaklah dihimpunkannya
kedua surah itu pada rakaat kedua iaitu Surah Al-Jumuah dan Surah Al-Munafiqun
atau Surah Al-A’la dan Surah Al-Ghasyiah dalam rakaat kedua.
Tersebut dalam
hadis :
من قرأ عقب سلامه من
الجمعة قبل أن يثنى رجله وقيتكلمالفاتحة
والاخلاص والمعوذتين سبعا سبعا غفر له ما تقدم من ذنبه وما تأخر واعطى من اللأجر بعدد من امن بالله ورسوله وحفظ
له دينه ودنياه واهله وولده
Ertinya :
Sesiapa yang
membaca Surah Al-Fatihah, Surah Al-Ikhlas, Surah Al-Falaq dan Surah An-Nas 7
kali setiap satu selepas salam Solat Jumaatnya sebelum dia mengubah kakinya dan
sebelum berkata-kata, nescaya diampunkan Allah segala dosanya dahulu dan akan
datang dan dianugerahkan pahala dengan bilangan orang yang beriman dengan Allah
dan RasulNya, dan di pelihara oleh Allah agamanya, dunianya, isi rumahnya dan
anaknya.
PENYEDIAAN DAN
PENYAMPAIAN KHUTBAH
MUQADDIMAH
Penyediaan dan penyampaian khutbah tidaklah semudah yang difikirkan. Ia bukan
sekadar menyampaikan mesej kepada makmum tetapi juga memerlukan mesej tersebut
disampaikan dengan cara yang teratur, menarik dan berkesan. Penyampaian yang
berkesan ialah penyampaian yang memberi keyakinan kepada pendengar, dapat
mempengaruhi pendengar dan menyebabkan pendengar boleh menerima malah sanggup
menurut saranan dan gesaan yang diutarakan. Walaubagaimanapun terdapat berbagai
kelemahan yang menjejaskan penyampaian mesej tersebut dalam kebanyakan khutbah
pada hari ini. Antara kelemahan yang ketara adalah :
Bahasa yang tidak
dapat difahami.
Terlalu banyak
membuat kesalahan sebutan.
Menggunakan
perkataan yang tidak tepat dan tidak sesuai.
Menggunakan istilah
yang salah dan mengelirukan.
Menggunakan bahasa
yang terlalu tinggi dan
berbelit-belit.
Menggunakan
ungkapan yang tidak betul.
Menyampaikan mesej
dalam bentuk ayat-ayat yang janggal dan salah yang boleh mengelirukan pendengar
Menggunakan bahasa
yang longgar, tidak tepat dan
tidak sesuai.
Menggunakan
intonasi yang tidak betul.
Menggunakan
intonasi yang mendatar dan tiada
tinggi rendah.
Teragak-agak dan
gagap.
2.
Suara yang tidak jelas.
Apabila suatu
khutbah di sampaikan dengan suara yang perlahan atau tidak jelas, maka makmum
tidak dapat mendengar dengan jelas dan ini boleh menjejaskan minat makmum, lalu
membuat tafsiran yang salah terhadap isi khutbah.
3. Gerak-geri
yang tidak sesuai.
Gerak badan, tangan
dan muka yang tidak sesuai dengan isi dan maksud khutbah mengurangkan kesan baik
terhadap makmum yang mendengar.
4. Penampilan
yang tidak menarik.
Penampilan yang
kurang menarik menyebabkan pendengar hilang minat dan keyakinan terhadap isi
khutbah yang disampaikan.
5. Kesihatan yang
tidak baik.
Keadaan kesihatan
khatib dan makmum yang terganggu boleh menyebabkan tumpuan tidak dapat
diberikan sepenuhnya.
6. Persekitaran
yang tidak menarik.
Persekitaran yang
tidak menarik juga seperti cuaca yang panas dan hingar bingar juga boleh
mengganggu keberkesanan khutbah yang disampaikan.
SUMBER;http://ekhutbah.wordpress.com/asas-khutbah/
VV
Tidak ada komentar:
Posting Komentar